Thursday, October 13, 2011

Aliran Catan

Aliran Realisme

Pada era realisme, Setiap karya yang dihasilkan memerlukan fokus dan kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri. Setiap karya yang dihasilkan membawa maksud sebuah seni yang serius dan mendalam. Ini bermaksud setiap karya pelukis ketika itu dihasilkan dengan mempunyai agenda yang tersendiri dan bukan dihasilkan semata-mata untuk hiburan atau untuk satu produk yang boleh dinilaikan dengan wang. Pada masa itu diselitkan dengan mesej perjuangan dan keinsafan, lukisan pada masa itu menjadi medium untuk menyampaikan mesej dan propaganda pelukis pada masyarakat umum pada masa itu

Kiubisme      


Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.

Ekspressinisme


Menolak ciri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Impressionisme


Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih- tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak- watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnyapagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontantentang apa yang dilukis.



Pos-Impressionis:


Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri

Seni Baraque dan Rococo  


Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek.


Futurisme:


Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang dinamik.

Surealisme


Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Dadaisme:


Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan.

Seni Pop:


Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi. 

Teknik Catan

Teknik Berus Kering
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. 



Teknik Gurisan.

Penggunaan teknik gurisan pada catan artcard menimbulkan kesan yang menarik dan mewujudkan corak tertentu pada permukaannya. Penggunaan minyak masak, minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang, turpetine, aresol, super gloss lacquer, holografik dust serta gold foil glazes sebahagian bahantara utama campuran warna menimbulkan kesan yang menarik pada subjek kajian. Dalam teknik ini, untuk mendapatkan kesan sesuatu gambaran maka cat harus digosok, distensilkan, dipercikan serta diguris  sehingga meninggalkan kesan tertentu pada permukaan artcard. Penyelidik menggunakan kaedah negatif kepada positif bagi mendapat kesan yang menarik pada permukaannya. Penggunaan bahan-bahan kimia lain juga turut digunakan bagi melihat tindakbalas serta kesan jalinan yang wujud pada permukaan kertas tersebut. Hasil dari penemuan kajian ini, ianya menimbulkan kesedaran bahawa terdapat bahan-bahan lain serta kepelbagaian teknik boleh digunakan bagi mewujudkan bentuk-bentuk karya catan seni rupa yang baru pada masa akan datang








Teknik Scambling

Scambling merupakan penggunaan berus yg terkawal serta secara lembut penggunaan pada satu lapisan nipis di atas warna latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar. Teknik ini diguna untuk mendapatkan kesan tekstur yang halus pada suatu latar permandangan.



 

Teknik Pointilisme.

Titik (Pointilisme) dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan cara menegak dan bersistematik di atas kertas artcard. Penggunaan berus cat yang keras di hujungnya dan kawalan campuran minyak dan cat sangat penting bagi mendapat kesan latar yang sesuai dan menarik.


Teknik Impasto.

Teknik Impasto merupakan teknik ini menggunakan warna terus daripada tiub dan disapu dgn pisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Namun penggunaan minyak pada permukaan kertas dapat menimbulkan jalinan-jalin yang menarik terutama kesan batu dan juga pergerakan air.




Teknik Alla Prima

Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.



Renjisan dan percikan
Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain




Teknik Hard - edge
Teknik ini melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus