Thursday, October 13, 2011

Teknik Catan

Teknik Berus Kering
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. 



Teknik Gurisan.

Penggunaan teknik gurisan pada catan artcard menimbulkan kesan yang menarik dan mewujudkan corak tertentu pada permukaannya. Penggunaan minyak masak, minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang, turpetine, aresol, super gloss lacquer, holografik dust serta gold foil glazes sebahagian bahantara utama campuran warna menimbulkan kesan yang menarik pada subjek kajian. Dalam teknik ini, untuk mendapatkan kesan sesuatu gambaran maka cat harus digosok, distensilkan, dipercikan serta diguris  sehingga meninggalkan kesan tertentu pada permukaan artcard. Penyelidik menggunakan kaedah negatif kepada positif bagi mendapat kesan yang menarik pada permukaannya. Penggunaan bahan-bahan kimia lain juga turut digunakan bagi melihat tindakbalas serta kesan jalinan yang wujud pada permukaan kertas tersebut. Hasil dari penemuan kajian ini, ianya menimbulkan kesedaran bahawa terdapat bahan-bahan lain serta kepelbagaian teknik boleh digunakan bagi mewujudkan bentuk-bentuk karya catan seni rupa yang baru pada masa akan datang








Teknik Scambling

Scambling merupakan penggunaan berus yg terkawal serta secara lembut penggunaan pada satu lapisan nipis di atas warna latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar. Teknik ini diguna untuk mendapatkan kesan tekstur yang halus pada suatu latar permandangan.



 

Teknik Pointilisme.

Titik (Pointilisme) dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan cara menegak dan bersistematik di atas kertas artcard. Penggunaan berus cat yang keras di hujungnya dan kawalan campuran minyak dan cat sangat penting bagi mendapat kesan latar yang sesuai dan menarik.


Teknik Impasto.

Teknik Impasto merupakan teknik ini menggunakan warna terus daripada tiub dan disapu dgn pisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Namun penggunaan minyak pada permukaan kertas dapat menimbulkan jalinan-jalin yang menarik terutama kesan batu dan juga pergerakan air.




Teknik Alla Prima

Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.



Renjisan dan percikan
Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain




Teknik Hard - edge
Teknik ini melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus











No comments:

Post a Comment