Thursday, November 17, 2011

Lukisan



Lukisan

Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, marker pen dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.

Asas Sebelum Melukis
1. objek/ item
2. pencahayaan
3. perspektif

1. Objek / item

 
* Mengenal pasti objek yang hendak dilukis.
* Bentuk dan struktur
* Jalinan pada permukaan objek tersebut
* Warna - sekiranya menggunakan warna

Kesan Cahaya dan Bayang


* Apabila melukis sesuatu objek, aspek bentuk, cahaya dan bayang adalah penting.
* Kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek yang dilukis.
* Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya dan bayang

2. Pencahayaan
* Kesan dan kajian cahaya pada objek yang hendak dilukis
* Kesan arah cahaya
* Kesan bayang objek
* Kualiti ton yang wujud
* Kesan Pantulan cahaya

 

3. Perspektif



* Pemahaman tentang perspektif amat penting bagi menentukan kedudukan objek yang kita lukis.
* Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis
* Perspektif berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza

Jenis-jenis titik perspektif

1. Perspektif 1 titik lenyap


2. Perspektif 2 titik lenyap



3. Perspektif 3 titik lenyap



Peralatan


Alatan asas yang digunakan ialah :


pensil, pen, dakwat, arang/ charcoal. pastel, krayon




* pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk @ rupa
* pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan / lorekan bagi memperlihatkan struktur objek yang dilukis.
* pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang digunakan.
* apabila membuat garisan / lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-baiknya untuk memdapatkan kesan yang dikehendaki.
* garisan/ lorekan perlu dibuat dengan konsisten
* jika perlu, kertas lukisan hendaklah dipusing-pusingkan untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.



Teknik-teknik Lukisan


Teknik Garisan




menggunakan pen, pensil atau dakwat
garisan disusun membentuk imej dan menimbulkan bentuk - untuk menimbulkan bentuk objek hendaklah menggunakan kualiti garisan.

Teknik Garisan Silang





Teknik Titik / Pointilistik



* Menggunakan pensil, pen atau pen teknikal.
* Titik-titik diolah dan disusun bagi menghasilkan ton yang dapat menimbulkan bentuk objek yang dilukis.


Gabungan Teknik Melukis








Kaedah Melukis



Langkah 1




Kaji subjek yang hendak dilukis dan bahagikan subjek kepada bentuk-bentuk mudah

Langkah 2




Mulakan dengan membuat bentukbentuk geometrik yang mudah. gunakan pensil dahulu

Langkah 3




Gunakan garisan bandingan menegak dan melintang untuk membetulkan subjek pada kertas lukisan. Betulkan dengan menggunakan pensil.

langkah 4




Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis. Perincikan bahagian ton cerah dan juga ton gelap.

Langkah 5




Dengan menggunakan pen, lukis nkembali ke atas lakaran pensil yang dibuat. Dengan pelbagai teknik garisan, perincikan subjek yang dilukis. Utamakan nilai ton cerah dan gelap dalam subjek.

Contoh-contoh Latihan Melukis

1. Latihan Alam Benda


Timbulkan bentuk pada objek-objek dalam lakaran di atas dengan memperlihatkan kesan cahayanya.




hasil siap

2. Latihan Pemandangan





hasil siap


3. Latihan Alam Semulajadi





hasil siap

Latihan Amali Melukis
1. Penentuan Tema : Alam semulajadi
2. Penentuan Tajuk : Buah-buahan
3. Lokasi : Dalam kelas / studio

Langkah 1
* Perhatian objek : buah-buahan dengan teliti
* Buat garisan dasar titik lenyap dan garisan menegak sebagai garis panduan
* Kemudian bentuk lakaran kasar bertitik geometri
* Garisan kontur boleh memperlihatkan bentuk

Langkah 2
* Lakarkan ton nipis dan lakarkan sedikit bayangan cahaya
* Perelokkan bentuk hingga menjadi bentuk ber-ton
* Padamkan mana-mana garisan yang tidak diperlukan lagi

Langkah 3
* Peringkat akhir ialah peringkat melengkapkan subjek yang dilukis
* Peringkat ini memerlukan penghasilan jalinan dan ton yang baik

Contoh Karya Lukisan

1 comment: