Wednesday, December 28, 2011

Animasi

-Animasi merupakan grafik yang direpresentasi oleh lukisan untuk menunjukkan pergerakan  didalam lukisan tersebut.
-Siri lukisan dikaitkan bersama dan selalunya difotografikan oleh kamera, ataupun diimbas mahupun dijana oleh komputer.
-Lukisan yang dihasilkan akan melalui proses perubahan sedikit demi sedikit dari satu bingkai ke bingkai yang lain.
-Apabila lukisan-lukisan berkenaan dimainkan semula pada kadar yang pesat (24 bingkai persaat), terdapat seakan-akan pergerakan pada lukisan-lukisan berikut.

Animasi Terawal
  (Early animation)


Walaupun kesemua contoh-contoh yang ditunjukkan ini menyamai siri lukisan animasi, terdapat kekurangan alatan untuk menunjukkan imej-imej berkenaan bergerak membuatkan imej-imej ini menjadi pencetus kepada zaman animasii dan tidak boleh dipanggil sebagai animasi pada masa kini. Namun, lukisan-lukisan ini dipandang sebagai niat serta minat pengkarya dalam menggambarkan pergerakan.

Victorian Parlor Toys
Alat2an ini digunakan pada zaman terdahulu dalam menimbulkan kesan animasi memandangkan teknologi masih belum dicapai sepenuhnya. 

Zoetrope

Magic latter

Thaumatrope

Flip book

Praxinoscope


 

Ilustrasi

Ilustrasi



1. Ilustrasi bermaksud seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar
2. Lukisan untuk menjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej, dan sebagainya
3. Boleh dihasilkan dalam bentuk lukisan pensel, lukisan pen, kolaj, atau menggunakan warna (cat air/cat akrilik)
4. Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakamlagenda dan peristiwa bersejarah
5. Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi
6. Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran
7. Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek

Albracht Durer, Young Hare

Rembrandt, A Lion Lying Down

Hans Burgkmair, Madonna With Grapes

Fungsi Ilustrasi
1. Menggambarkan dekoratif/unsur hiasan
2. Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci
3. Menyampaikan komentar atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas

memberi gambaran watak-watak dalam penceritaan

fungsi dekoratif

Ciri-ciri Ilustrasi
1. Keaslian dan rekaan yang kreatif
2. Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
3. Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks
4. Kreativiti
5. Reka letak menonjol dan menarik perhatian
6. Imej dapat disampaikan kepada pelanggan dan menepati kehendak mesej
7. Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan
8. Menggunakan alat dan bahan dengan betul

Jenis-jenis Ilustrasi
1. Ilustrasi Perubatan
Digunakan dalam bidang sains perubatan dengan meluas
Untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama dalam bidang perubatan dan bidang lain yang berkaitan dengan kesihatan

ilustrasi perubatan, gambaran realistik jantung

menggambarkan organ-organ dalam badan dengan terperinci

2. Ilustrasi Alam
Menggambarkann lukisan dan catan yang merujuk dalam alam semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan

ilustrasi alam memaparkan gambaran alam fantasi

ilustrasi alam semulajadi

3. Ilustrasi Fesyen
Sangat popular sejak tahun 1920 lagi

ilustrasi fesyen

ilustrasi fesyen juga mempamerkan gaya rekaan

ilustrasi fesyen memaparkan rekaan pakaian

4. Ilustrasi Penerbitan
Ilustrasi pada kulit buku, risalah, suratkhabar, kulit novel, kartun, dan ilustrasi cerpen menggambarkan tentang penceritaan bahan tersebut

ilustrasi penerbitan, kulit buku

ilustrasi penerbitan, komik

5. Ilustrasi Teknikal
Bertujuan untuk mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaan industri
Lakaran teknikal, lukisan mekanikal dan reka bentuk berbantukan komputer merupakan bahagian penting untuk mendapatkan ilustrasi teknikal yang tepat
Ilustrasi ini bertujuan untuk mempromosi barang

ilustrasi teknikal, memaparkan perincian dalam sesebuah kenderaan

ilustrasi teknikal memberi gambaran terperinci pada bahagian enjin

6. Ilustrasi Perindustrian
Merujuk lakaran idea untuk barangan industri
Tidak terhad kepada industri berat, malahan mencakupi industri ringan seperti rekaan perabot, plastik dan lain-lain

kereta memaparkan ilustrasi industri

beberapa rekaan kenderaan motosikal

ilustrasi industri barangan pengisar

7. Ilustrasi Haiwan
Untuk menunjukkan lakaran jelas bahagian segmen badan
Kerap digunakan untuk memaparkan haiwan purba yang telah pupus seperti dinosaur
sering dilukis berdasarkan gambaran sejarah dan dipaparkan pada setem

ilustrasi burung hantu sekadar hiasan

ilustrasi memaparkan penerangan tentang bahagian-bahagian pada ikan

8. Ilustrasi Maklumat
Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat
Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual, carta, peta dan pelan

ilustrasi maklumat, contoh paparan graf bagi menyampaikan maklumat

Klik video untuk menyaksikan ilustrasi pantas karakter Avatar



http://senivisual1.blogspot.com/2011/02/poster.html